Kalau Kene Kritik Jangan Memberontak – “Apabila Puji Kembang Tak Ingat” – Syazwan Zulkifly
- oleh Mohd Indera
- 4 tahuns lalu
Pelakon Syazwan Zulkifly mengingatkan kepada segelintir pengiat seni supaya tak mudah melatah dan memberontak apabila kualiti kerja dikritik penonton.
Syazwan menyatakan bahawa segala maklum balas daripada penonton, tidak kisah sama ada kritikan mahupun sokongan sepatutnya diambil kira sebagai salah satu proses pembelajaran.
“Bila hang (kau) bantai balik penonton dengan cara begitu, tahap dewa betul hang ni. Apabila puji cerita hang ‘best’, ‘kembang’ tak ingat.”
Syazwan menyatakan bahawa segala maklum balas daripada penonton, tidak kisah sama ada kritikan mahupun sokongan sepatutnya diambil kira sebagai salah satu proses pembelajaran.
“Kalau kene kritik, terima dan belajarlah dari kesilapan. Apa ‘level’ hang dah takkan buat salah ka? Hang memang betul saja memanjang? Janganlah cakap penonton bodoh.”
Pelakon utama drama Insan Terpilih itu juga tidak bersetuju apabila penggiat seni yang tidak dapat menerima kritikan terus memberontak dan memanggil penonton sebagai bodoh.
Bukan satu keperluan untuk penonton bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh pihak produksi seperti bajet atau pun isu umur, paling penting ialah cerita itu menarik atau pun tidak.
Dia turut menyelar individu tersebut kerana menghamburkan kata-kata tidak sensitif kepada penonton. Ini kerana mereka adalah kunci yang paling utama untuk memastikan rating yang baik selain jaminan projek syarikatnya pada masa hadapan.
Individu tersebut diminta supaya bersyukur kerana ramai yang memberikan perhatian kepada drama yang dihasilkannya meskipun jalan cerita yang tidak seberapa. Lagi susah sekiranya tiada siapa pun yang kisah dengan produk yang dikeluarkan.
“Buat segan (malu) orang industri saja.” katanya dalam temuramah bersama Harian Metro baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, Syazwan tidak menyebut secara langsung siapakah individu yang dimaksudkan itu.