“Jangan Risau, Dia Sayang Awak Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak” – Bella ‘Yakinkan’ Ruhainies
- oleh Editor
- 5 bulan lalu
Sejak semalam, hangat diperkatakan tentang tangkap layar perbualan dipercayai di antara Aliff Aziz dan Ruhainies. Ia dimuat naik dan ditularkan oleh Sarah Yasmine yang turut ‘tag’ Bella Astillah dalam setiap perkongsiannya di Instagram story.
Antara perbualan Ruhainies dan Aliff yang mencuri perhatian adalah apabila aktres itu merajuk selepas membaca berita bahawa penyanyi tersebut masih menyayangi Bella.
Bagaimanapun, Bella menerusi Instagram story telah ‘menyakinkan’ Ruhainies bahawa Aliff memang menyayanginya.
Jangan risau, dia sayang awak (Ruhainies). Sebab itulah dia tinggalkan kami anak beranak,” kata Bella
Dalam pada itu, aktres dan penyanyi berasal dari Sabah tersebut turut menyentuh tentang kata-kata Ruhainies berkenaan mahu menghentikan masa.
Tak perlu stop the time. You can have him Ruhainies,” kata Bella lagi di Instagram story.
Terdahulu, pendedahan lanjut dibuat oleh Sarah Yasmine mengejutkan ramai selepas ia memaparkan perbualan didakwa di antara Ruhainies dan Aliff yang dilihat mengutuk dan bercakap buruk tentang Bella Astillah.
Selain itu, pendedahan kali ini turut menjadi kecoh apabila beberapa nama telah disebut di dalam kemelut ini termasuklah Emma dan Chacha Maembong serta penyanyi rap, Caprice.