Ikuti Kami:

Hasil Sambutan Luar Biasa, KRU Umum Konsert GenKRU Hari Kedua!

Hasil Sambutan Luar Biasa, KRU Umum Konsert GenKRU Hari Kedua!

Kumpulan ikonik KRU terus mencipta fenomena apabila tiket untuk Konsert GenKRU Hari Pertama, yang dijual pada Jumaat lepas, habis terjual dalam masa hanya satu jam. Kejayaan ini membuktikan populariti mereka yang kekal utuh dalam hati peminat.

Melihat kepada permintaan luar biasa, pihak penganjur, ICON ENTERTAINMENT, dengan bangga mengumumkan tarikh Konsert GenKRU Hari Kedua yang dijadualkan berlangsung pada 4 Mei 2025 (Ahad) bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Buat mereka yang terlepas peluang untuk mendapatkan tiket hari pertama, ini adalah peluang keemasan untuk merebut tempat dan menyaksikan persembahan hebat KRU.

Bagi peminat tegar yang ingin mengulangi pengalaman magis hari pertama, mencuba nasib untuk tiket hari kedua pastinya tidak salah!

Tiket boleh mula dibeli melalui laman web rasmi Ticket2u bermula 23 Disember ini, Isnin jam 3.00 petang.

Komen
Loading...