Ikuti Kami:

‘Frontliner’ Bersatu Selamatkan Anak Kucing

‘Frontliner’ Bersatu Selamatkan Anak Kucing

Tular di Thailand hantaran dari seorang pengguna Facebook bernama “Yutthaporn Piroonsarn” yang telah memuat naik hantaran berkenaan kejadian yang berlaku semasa pemeriksaan COVID-19 di Suan Nok Chainat, Muang Chai Nat dimana ‘frontliner’ membantu seekor anak kucing putih berusia sekitar 2 bulan yang terperangkap di bawah sebuah Toyota Fortune yang menunggu di barisan menuju ke tempat pemeriksaan.

Lebih mengharukan apabila, sebilangan pengguna jalan raya dilihat memberhentikan kereta mereka dan menghulurkan pertolongan kepada mereka ini untuk menyelamatkan anak kucing yang terperangkap itu.

Dapat dilihat para ‘fronliner’ menunduk di bawah kereta untuk mengeluarkan anak kucing malang itu. Mengambil masa kira-kira 20 minit akhirnya anak kucing itu dan diselamatkan

Leftenan Polis Kolonel Samrueng Uamkam, Timbalan jeneral Balai Polis Muang Chai Nat, mendedahkan beliau terdengar bunyi seperti seekor kucing di antara kereta-kereta yang beratur ketika menjalankan tugas di tempat pemeriksaan Saringan COVID-19.

“Pada mulanya saya tidak dapat mendengar dengan jelas. Ketika berjalan-jalan, kedengaran suara kucing itu semakin jelas, hasil pemeriksaan di bawah kereta terdapat kucing yang menangis dan ketakutan. Anak kucing itu terus di keluarkan dan dibawa untuk rawatan lanjut”

Sumber: banmuang.co.th

Komen
Loading...