Ikuti Kami:

‘Face Mask’ Tidak Wajib Pakai – Pasar Raya, Kedai Tak Boleh Paksa Pelanggan

‘Face Mask’ Tidak Wajib Pakai – Pasar Raya,  Kedai Tak Boleh Paksa Pelanggan

KUALA LUMPUR: Pihak pasar raya atau kedai diingatkan agar tidak membuat undang-undang sendiri, menghalang orang ramai yang tidak memakai penutup muka daripada memasuki premis mereka.

Beliau berkata demikian bagi mengulas aduan sesetengah pihak yang mendakwa, pasar raya tidak membenarkan pelanggan masuk sekiranya tidak memakai penutup hidung dan mulut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pemakaian penutup muka bukan sesuatu yang diwajibkan oleh peraturan atau undang-undang ketika krisis COVID-19 sekarang.

Berikutan itu, katanya, tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai pelitup muka dan pengurusan mana-mana premis perniagaan tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.

“Saya berharap pasar raya atau kedai tidak mengambil undang-undang sendiri dengan mengenakan sesuatu halangan yang bertentangan dengan peruntukan serta peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Tidak boleh halau dan paksa pelanggan balik rumah dulu. Ini tidak boleh kerana bertentangan dengan akta itu,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan bagaimanapun menggalakkan orang ramai memakai penutup muka untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain terutama mereka yang mempunyai gejala.

Bagi mengelakkan pelanggan pulang dengan tangan kosong kerana tiada pelitup muka, beliau memminta pengurusan pasar raya dan kedai menjual bahan berkenaan kepada pengguna di pintu masuk.

“Saya mencadangkan pasar raya letakkan (penutup muka) di luar dan jual jika itu diperlukan dan ditetapkan kepada pelanggan mereka, tetapi perlu diingatkan pemakaian topeng muka tidak wajib dan tiada dalam peraturan dan undang-undang,” katanya.

Beliau mengulas aduan sesetengah pihak yang mendakwa, ada pengurusan pasar raya tidak membenarkan pelanggan masuk sekiranya tidak memakai pelitup muka.

Komen
Loading...