Ikuti Kami:

Eyka Farhana Bintangi Drama Bersiri Baru Di VIU Original – Pretty Little Liars Versi Asia

Eyka Farhana Bintangi Drama Bersiri  Baru Di VIU Original – Pretty Little Liars Versi Asia

Drama bersiri berjudul Pretty Little Liars ini cukup popular bermula sekitar 10 tahun yang lalu. Dengan genre mystery thriller, drama ini berkisarkan mengenai sekumpulan bersahabat baik yang melalui usia muda mereka dengan pelbagai kisah rahsia.

Pretty Little Liars yang asalnya berjaya bertahan sehingga ke musim ke tujuh iaitu ditamatkan pada tahun 2017. Namun baru-baru ini drama Pretty Little Liars versi Asia mula ditayangkan khas di VIU Original.

Drama Pretty Little Liars versi Asia ini ditayangkan dalam bahasa Indonesia dengan mengabungkan pelakon hebat dari Indonesia dan Malaysia. Salah seorang pelakon yang namanya semakin meningkat naik iaitu Eyka Farhana turut membintangi drama Pretty Little Liars versi terbaru ini.

Menerusi laman Instagram milik pelakon ini dia turut mempromosikan drama tersebut dengan berkongsikan beberapa foto ketika pengambaran drama ini. Malah sedutan episod seterusnya turut dikongsikannya.

Drama Pretty Little Liars ini ditayangkan 10 episod dan ia penuh dengan babak misteri serta mendebarkan. Antara pelakon hebat lain yang turut sama berganding dengan Eyka Farhana adalah Yuki Kato, Anya Geraldine, Velerie Thomas dan lain-lain.

Sementara itu, untuk info sebelum ini Viu pernah menayangkan sebuah rancangan berjudul Black yang diadaptasi dari drama Korea. Membariskan pelakon hebat seperti Khir Rahman dan Siti Saleha, ini antara artikel pernah kami tulis mengenainya.

Tonton trailer Pretty Little Liars versi terbaru ini:

Foto : Instagram @eykafarhana

Komen
Loading...