Demi Mengekang Covid-19, Dewan Rakyat Akan Bersidang Hanya Sehari
- oleh Mohd Indera
- 4 tahuns lalu
Demi mengekang penularan wabak Covid-19, Dewan Rakyat akan bersidang untuk hanya sehari pada 18 Mei ini.
Notis mengenainya dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat kepada Ahli Parlimen pada Jumaat (17 April) petang melalui e-mel.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menyampaikan titah Diraja ketika merasmikan Parlimen pada pukul 10 pagi pada hari berkenaan.
Sekretariat Dewan juga memberitahu bahawa hanya undang-undang dan hal-hal kerajaan yang berkaitan dengan isu memerangi Covid-19 sahaja akan menjadi fokus.
Oleh itu, ia menyatakan bahawa tidak akan ada sesi soal jawab, sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis atau usul yang dikemukakan di Dewan.
Parlimen sepatutnya bersidang pada 9 Mac lalu, tetapi ditangguhkan susulan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).