Ikuti Kami:

DBKL Bekukan Permohonan Lesen Penjualan Minuman Keras

DBKL Bekukan Permohonan Lesen Penjualan Minuman Keras

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pembekuan semua permohonan baharu dan pembaharuan lesen penjualan minuman keras di seluruh bandaraya, berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman ini dibuat susulan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ekoran banyak kejadian kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk yang berlaku di negara sejak kebelakangan ini.

Kenyataan ini dimaklumkan menerusi notis pemberitahuan dikeluarkan Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL yang dimuat naik di laman Facebook rasmi DBKL.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen.

DBKL turut memaklumkan arahan pembekuan bagi permohonan baharu dan pembaharuan lesen penjualan minuman keras itu berkuat kuasa sehingga suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

“Arahan ini akan menyaksikan pengurangan bilangan premis yang menjual minuman keras secara sah. Ia dibuat bagi mengekang kejadian kes kemalangan akibat pemandu mabuk.”

Keputusan ini diambil setelah perbincangan jawatankuasa khas berkaitan penjualan arak yang turut membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Semalam, Annuar dilapor berkata, tindakan pembekuan itu adalah wajar sehingga satu garis panduan diwujudkan dan semakan perundangan dilakukan pihaknya. Ia berikutan, sebanyak 21 kes kemalangan jalan raya dilaporkan ekoran pemandu mabuk dengan lapasn kes kematian direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), antara Januari hingga Mei lalu.

Sumber

Komen
Loading...