Sedia maklum, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha merupakan salah satu selebriti yang tersenarai dalam gerakan #Blockout2024 kerana masih mempromosi produk pro Israel.
Terbaru, Daiyan difahamkan membuat keputusan mengejut apabila dia membatalkan kontrak dengan beberapa jenama yang pro Israel.
Kata Daiyan, tindakan tersebut diambil kerana mengambil kira dengan teguran orang ramai beberapa hari lalu.
Saya ingin maklumkan saya sudah membatalkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama. Ini adalah tindakan dan menunjukkan pendirian berterusan saya.
Namun begitu, aktres tersebut enggan berkongsikan kerugian serta penalti yang dihadapi susulan membuat keputusan secara drastik.
Komen
Loading...