Ikuti Kami:

“Dagu Tetap Milik Mama..” – Shila Amzah Kongsi Foto Anak Kedua Selepas Sebulan Melahirkan

“Dagu Tetap Milik Mama..” – Shila Amzah Kongsi Foto Anak Kedua Selepas Sebulan Melahirkan

Penyanyi terkenal, Shila Amzah ada berkongsi foto anak keduanya, Rhea Akira yang kini mencecah umur sebulan.

Shila berkongsi foto demikian menerusi satu hantaran di Instagram buat tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

Assalamualaikum aunty and uncle. Hari ini genap @rheaakiraa sebulan. Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya.

Kata Shila lagi, Rhea banyak mengikut wajah Ubai namun dagu anak perempuan pasangan itu tidak lari daripada rupanya.

Muka banyak ikut papa dia @ubaimz, tapi dagu tetap milik mama.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji kecomelan puteri kecil itu.

Ubai dan Shila selamat bergelar suami isteri pada 5 Ogos 2021. Shila sebelum ini pernah berkahwin dan turut mempunyai seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais.

Komen
Loading...