Ikuti Kami:

COVID-19: Wanita “Gelang Pink” Positif Tapi Risiko Jangkitan Rendah

COVID-19: Wanita “Gelang Pink” Positif Tapi Risiko Jangkitan Rendah

Seorang pesakit di bawah pengawasan (PUS) COVID-19 yang tular makan di sebuah restoran di Meru Raya di sini masih dalam rawatan COVID-19 di hospital bersama anak lelakinya setelah ujian kali kedua didapati positif.

Menurut sumber, saringan kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin mendapati wanita tersebut positif dan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh sejak 17 Julai lalu.

“Wanita itu kini masih dalam rawatan COVID-19 di hospital terbabit bersama anak lelakinya setelah ujian kali kedua didapati positif.

“Berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, volume (kandungan) virus adalah kurang dan risiko menjangkiti juga kurang,” katanya.

Menurut sumber, wanita berusia 72 tahun itu diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.

“Saringan pertama yang dijalankan mendapati wanita tersebut negatif, namun dipakaikan gelang tersebut serta diperintahkan menjalani kuarantin.

“Kejadian itu pula berlaku di sebuah kafe pada 6 Julai lalu (dia) bersama keluarganya setelah tiba dari Selangor untuk sarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya sedangkan gambar itu baharu sahaja tular kelmarin,” katanya.

Pada masa sama, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan pelanggaran SOP oleh wanita berkenaan.

Komen
Loading...