Ikuti Kami:

COVID-19 : Empat Kes Baharu, 40 Kes Pulih

COVID-19 : Empat Kes Baharu, 40 Kes Pulih

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 40 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,271 kes (96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 25 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat empat (4) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,600 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 208 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada empat (4) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia. Satu (1) kes penularan di dalam negara juga merupakan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dikesan pada hari ini.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Komen
Loading...