Ikuti Kami:

COVID-19 : 14 Kes Pulih, 10 Kes Positif Dilaporkan

COVID-19 : 14 Kes Pulih, 10 Kes Positif Dilaporkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 14 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,308 kes (96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 12:00 tengah hari ini, terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,616 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 187 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan seorang warganegara Malaysia dan tiga (3) bukan warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.

Daripada enam (6) kes penularan di dalam negara, empat (4) kes adalah di kalangan warganegara dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, sebanyak dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Komen
Loading...