Ikuti Kami:

Cara Kiraan Tawaran Diskaun Oleh TNB, Mulai April 2020

Cara Kiraan Tawaran Diskaun Oleh TNB, Mulai April 2020

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman satu pakej PRIHATIN untuk membantu rakyat Malaysia dalam tempoh PKP ini.

Tujuan utama pakej PRIHATIN ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia dari segi kos sara hidup, terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah sumber pendapatan akibat PKP.

Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) yang diumumkan oleh
Kerajaan pada 27 Februari 2020, enam (6) sektor perniagaan terpilih yang terjejas
berikutan penularan wabak COVID-19 akan menerima diskaun 15% bagi
penggunaan elektrik untuk tempoh 1 April sehingga 30 September 2020

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana kiraan diskaun ini dilakukan?

Pada 16 Mac 2020, Kerajaan telah memutuskan untuk memberi diskaun 2%
kepada semua pengguna lain dalam kategori perdagangan, perindustrian dan
pertanian spesifik serta pengguna domestik bagi penggunaan elektrik untuk
tempoh 1 April sehingga 30 September 2020.

Pada 27 Mac 2020, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
(PRIHATIN), YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian diskaun
tambahan kepada pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dengan memberi
tumpuan kepada pengguna yang menggunakan elektrik sehingga 600kWj atau
RM231.80 sebulan. Kadar diskaun adalah di antara 15% hingga 50% bergantung
kepada jumlah penggunaan elektrik masing-masing mulai penggunaan 1 April
hingga 30 September 2020.

Ini jumlah diskaun yang anda layak terima berdasarkan jumlah penggunaan (kWh).

Ini contoh kiraan yang dibuat mengikut kadar diskaun yang ditawarkan.

Pasti ramai juga yang tertanya-tanya jika aktiviti pembacaan meter telah dihentikan buat sementara waktu, bagaimana pihak TNB melakukan kiraan dan bacaan?

Pengiraan bil akan dibuat secara purata berdasarkan penggunaan anda sebelum ini. Penyelarasan akan dibuat apabila tempoh PKP telah tamat.

Anda juga boleh muat turun aplikasi myTNB ke dalam smartphone anda untuk membuat pembayaran secara online.

Semoga dengan diskaun yang ditawarkan, ia mampu sedikit sebanyak meringankan beban rakyat Malaysia dalam tempoh PKP ini.

Komen
Loading...