Ikuti Kami:

Arish Mikael Lancar Single Terbaru dengan Showcase Istimewa

Arish Mikael Lancar Single Terbaru dengan Showcase Istimewa

Pemuzik berbakat Arish Mikael bakal mengadakan satu showcase istimewa sempena pelancaran single terbarunya di bawah naungan Luncai Emas, bertajuk Antara Puisi dan Rautmu.

Acara eksklusif ini dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2025 di Liberal Latte, Bukit Damansara, bermula jam 9 malam.

Menariknya, single Antara Puisi dan Rautmu akan dilancarkan secara digital pada 21 Februari 2025. Perbezaan tarikh ini bertujuan memberikan peluang kepada peminat Arish untuk mendengar dan menikmati karya terbarunya dalam suasana intim dan eksklusif sebelum ia diperkenalkan kepada umum.

Para peminat yang hadir akan menjadi saksi pertama kepada persembahan secara langsung Antara Puisi dan Rautmu, di samping beberapa lagu ‘cover’ popular.

Showcase ini turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa daripada band Liqorish, yang akan membuka malam tersebut dengan sentuhan unik mereka.

Acara ini merupakan hasil kerjasama antara Luncai Emas, Hired Hand, dan Liberal Latte, yang berganding bahu untuk mencipta suasana yang hangat dan eksklusif bagi meraikan pelancaran single ini.

Dengan suasana santai di Liberal Latte, peminat dapat menikmati malam penuh muzik dan seni dalam suasana yang akrab.

Showcase Antara Puisi & Rautmu ini terbuka kepada umum, namun tempat adalah terhad. Tiket berharga RM35 boleh didapati secara dalam talian melalui laman web rasmi Liberal Latte di liberallatte.my.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam istimewa ini yang menjanjikan pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.

Komen
Loading...